/*

CintaMu Cinta Abadi





Kasih sayang dan cinta manusia hanyalah setitis jika dibandingkan dengan selautan cinta dan kasih sayang Allah. Sekiranya engkau kehilangan yang setitis itu, ia tidak akan menjejaskan kehidupanmu selagi yang selautan itu masih kau miliki


   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31

WAKTU MALAYSIA

WAKTU EGYPT

sahabat sedang online
~.: Diantara diriku juga diri-mu .: Hanya mengharapkan cinta yang Satu :.~
~.: Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata, renung kata-katamu ia menjadi perbuatan, renung perbuatanmu ia menjadi amalan, renung amalanmu ia adalah sifat dirimu :.~
~.: Bertahajjud menyerikan wajah,bersyukur membajai barakah, bermuhasabah mencetus hikmah, bertawakkal membuahkan pasrah, bersaudara menyemai mahabbah, berukhuwwah kerana ALLAH... :.~
~.: Tunjangkan resahmu ke dada solat, himpunkan keperitanmu dalam genggaman doa, tutuplah kekecewaanmu dengan taqwa, nilaikan cermin diri dgn keikhlasan hati.. :.~
Informasi Empunya Teratak
-Zahratus Sobah Bt Abdul Ham|d- 22031978- Pulau Mut|ara- Berkahw|n-




:: Kamar Wanita ::

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar,tetapi tidak melihat apa-apa.

Wanita diciptakan bukan daripada tulang rusuk atas untuk memerintah, bukan daripada tulang bawah untuk dipijak, tetapi terletaknya rusuk itu di bahagian dada dan berdekatan dengan tangan bermakna tangan yang membelai dan hati yang mempunyai perasaan dan kasih sayang.

Kejelitaan seorang wanita terletak pada sifat pemalunya.

Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal leher seorang lelaki.

Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.

Sesuatu yang paling berat bagi wanita ialah menyimpan rahsia.

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita.

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Air mata wanita adalah senjata yang membuahkan kemenangan.

Dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

Wanita adalah alat perangkap dan anak panah syaitan.


:: Renungan Bersama ::

Wasiat Rasulullah SAW kepada Sayidina Ali, yang antaranya;
Wahai Ali,bagi orang mukmin ada tiga tanda-tandanya:
1.Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2.Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3.Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali,bagi orang alim itu ada tiga tanda-tandanya:
1.Manusia sering memuji kerana rupa,
2.Manusia sering menghina kerana darjat,
3.Manusia sering alpa kerana harta,dan kerana harta,manusia sering leka. Oleh itu,janganlah kamu jadi seperti kebanyakkan mereka.

Kata-kata Hikmat Saidina Umar r.a:
1.Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan menunjukkan kata-kata lemah lembut.
2.Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya.
3.Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan.
4.Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku.
5.Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat.
6.Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu.

Saidina Abu Bakar r.a. Berkata:
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan,iaitu:
1ˇIa akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya.
2ˇHartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
3ˇHartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk kejahatan pula.
4ˇAdakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Saidina Umar Al Khattab r.a. berkata:
1.Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2.Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3.Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4.Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata:
1.Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
2.Hatinya selalu berniat suci.
3.Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
4.Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
5.Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah.
6.Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Saidina Ali Karramallahu Wajhah berkata:
1.Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
2.Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
3.Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil pangajaran daripadanya.
4.Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak (memelihara diri dan hati-hati dari dosa).
5.Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6.Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7.Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8.Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak. Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Imam Malik r.a berkata:
1.Apabila seseorang itu memuji dirinya sendiri, hilanglah kebijaksanaannya.
2.Bila engkau ditanya tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu halusi dan teliti pendapat orang lain kerana ketelitian itu menghapuskan fikiran sempit.
3.Zuhud itu bukanlah tidak mempunyai harta benda tetapi mengosongkan hati padanya.
4.Sebaik-baik perkara ialah yang jelas dan nyata. Jika tiada kepastian diantara dua perkara ambillah yang lebih meyakinkan.
5.Apabila seseorang manusia tidak berbuat baik kepada dirinya dia juga tidak baik di sisi manusia.
6.Ilmu itu cahaya. Tidak jinak ia kecuali pada hati yang khusyuk dan taqwa.
img138/5439/rosert4jf.gif" border="0" width="102"




Buku Tetamu Khairulsobah




khairulsobah@yahoo.com

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Sunday, October 07, 2007
Selamat datang Syawal...


Posted at 12:13 am by khairulsobah
Masukkan Komen Anda  

Wednesday, September 19, 2007
Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin & Muslimat...


Posted at 12:11 am by khairulsobah
Masukkan Komen Anda  

Friday, September 22, 2006
Selamat Datang Bulan Ramadhan

Do'a Malaikat Jibril:
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);


Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;


Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullahpun mengatakan amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Tanpa Disedari


11 bulan banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan tak semua menyejukkan,


11 bulan banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tak semua menyenangkan,


11 bulan banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi bagian dari diri,


saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri


Selamat menunaikan Ibadah Puasa bersama kita leburkan kekhilafan,


Semoga dengan puasa mempertemukan kita dengan keagungan Lailatul Qadar dan kita semua menjadi pilihanNya untuk dikabulkan do'a - do'a dan kembali menjadi fitrah

 

Selamat Berpuasa kepada semua"...

 


Posted at 12:49 am by khairulsobah
Comment (1)  

Saturday, June 03, 2006
Salam Imtihan dari kami...


Posted at 02:48 am by khairulsobah
Masukkan Komen Anda  

Friday, June 02, 2006
Doa Rabiatul Adawiyah

Wahai Tuhanku, sesudah aku mati

                                       masukkanlah daku ke neraka

dan jadikan jasmaniku memenuhi

seluruh ruang neraka

sehingga tidak ada

orang lain dapat dimasukkan ke sana

Wahai Tuhanku bilamana aku menyembahMu

kerana takutkan neraka

jadikan neraka kediamanku

dan bilamana aku menyembahMu

kerana ghairah nikmat syurga

maka tutupkan pintu syurga selamanya bagiku

tetapi apabila aku menyembahMu

demi DiKau semata

maka jangan larang daku

menatap keindahanMu

yang Abadi


Posted at 01:37 pm by khairulsobah
Masukkan Komen Anda  

Next Page